~Pengikut yg Setia~

Trip to China (Part 9)




Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pembaca!!




Ape kabor semua?
Harap anda dalam keadaan sihat yer..
Fendi pun sihat di sini..
Dah lama x post..
So..
teringin nak menulis semula mengenai kisah lama Fendi di Blog LT ni


Kite kembali ke zaman kujungan ke China
Kalau siapa-siapa yang belum membaca..
ni post ke link iaitu Part 8..klik di SINI


Nak tahu cerita pasal pe ni.. Jom layan cerita di bawah..




Pada masa Fendi sampai di Tianjin..
kena tunggu teksi..
line memang panjang tapi orang China ni senyap jer..
x macam kami ni..
bising la sebab excited g tempat orang..
Lagi satu kalau potong Q pun orang China ni beri laluan jer..
Bagi Fendi macam bagus tak bertempat la..


[1] Sewaktu tiba di Tianjin


[2] Abel bergambar dengan tren sambil mempromosikan air mineral

Selepas kami mendapat teksi..
Kami pun melihat sekeliling sambil menunggu untuk sampai
dalam 20 minit sampai la ke destinasi kami iaitu Tianjin University


[3] Pintu masuk ke Tianjin University


[4] Contoh teksi yang kami naiki dari stesen keretapi

Sampai aje di Tianjin University
kami disambut oleh dua orang pelajar di sana
Nasib baik boleh berbahasa Inggeris
Dapat la kami bercakap dengan selesa


[5] Dengan pelajar pertama


[6] Dengan pelajar kedua
Antara 3 universiti sebelum ni yg Fendi pergi..
Tianjin University melayan paling baik..
Siap ada nak buat Memorandum of Understanding (MoU) antara UMP dengan Tianjin University
Tetapi x dapat laksana sebab pegawai atasan di China x meluluskan permohonan mereka
Ada rezeki kiter jumpa lagi..


[7] Antara landmark yang ada dalam Tianjin University



[8] Tianjin Student Representative khusyuk melihat video koperat UMP


[9] Giliran kami pulak melihat video koperat Tianjin University
[10] Pengarah program sedang menjelaskan tentang universiti dan juga Malaysia

Lepas dah siap semua perbincangan, kami dapat bergambar dengan semua wakil universiti
Pas 2 siap ada lunch lagi..
Thanks Tianjin University
Lepas siap kenyang perut..
Bawak masuk pula ke salah satu dewan kuliah..
My Opinion: Kurang interaksi antara lecturer dengan pelajar, bosan, old school skit..
Solution: Bersyukur dengan lecture yang ada di Malaysia

[11] Universiti di China masih menggunakan papan hitam

Selepas selesai di universiti,
kami dibawa untuk melawat bandar Tianjin
Dapat jugak jumpa masjid di China dan komuniti Islam di situ..
Nak tahu lebih lanjut..
Jom layan gambar di bawah yer..

[12] Jom kte g minum wahai jiran
[13] X silap Fendi ukuran daipada jed
[14] Pintu gerbang ke masjid besar Tianjin
[15] Ada rojak/pasembur di China ke?
[16] Pintu masuk masjid
Dh siap makan malam di Tianjin..
kami pun bertolak balik ke Beijing.
Sempat jugak bergambar dengan pelayan tern kami ke Beijing
Demikian berakhir lah hari ketiga di China..


[17] ni papan kenyataan untuk ketibaan tren.. merah menyala

[18] Dalam kelas premier.. macam orang kaya sebentar

[19] Pelayan tren Beijing bergambar bersama kami

Nantikan seterusnyer..
Terima kasih sebab sudi membaca post di blog Living & Travel ini..


Mengisi Waktu Lapang Semasa Cuti


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pembace di luar sana

Harap anda dalam keadaan sihat sejahtera yer!!
Kali ni nak sharing je la..
Ape aktiviti korang mase cuti ni..
Maklum la..
Ade yang keje..
Ade yang dok umah.
Ade yang pegi kursus mantapkan pengetahuan..

Bagus je ape yang patut dilakukan
Janji jangan terlalu lenggang dok umah..
Kalau Fendi lebih suka cari duit lebey atau attend courses untuk mantapkan pengetahuan diri..

Selalunyer Fendi akan kerja..
Ni nak cerita sikit pasal pengalaman Fendi kerja
Pernah kerja pun lepas SPM untuk isi masa sebelum dapat panggilan untuk matrix atau diploma..
Dulu Fendi pernah keje di Manhattan Fish Market


[1] Logo Manhattan Fish Market.. source: It's About Us


[2] Menggoda x makanan dier?? source : Travel Thru Time

Antara trademark tempat ni ialah makanan di atas iaitu Seafood Plater for Two
Memang menarik tercantik kau memang da bomb!!
Price pun reasonable..
Kalau korang nak try..
Memang Fendi suggest g je try makanan kat sini
Mane tau korang terpikat nanti..

Setakat ni cerita Fendi pada pembaca semua..

Fendi nak cari keje part-time..
Nak cari duit lebey sedikit

Nantikan seterusnyer..

Terima Kasih sebab sudi membaca post di blog LT!!


Selamat Hari Guru kepada Semua Warga Pendidik


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pembace blog LT

Harap anda semua sihat-sihat belaka..

Hari ini Hari Guru di seluruh Malaysia
Fendi x lupe untuk ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu & pensyarah yang telah mendidik Fendi hingga ke hari ini..
Dari sekolah rendah sampai la ke universiti..
Warga pendidik tetap mendidik Fendi menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa & negara

Dari sini Fendi nak ceritakan sedikit tentang zaman pembelajaran..
Walaupun hidup xde la lama sangat
Tapi boleh la sekadar berkongsi dengan pembaca sekalian..

Perjalanan zaman pembelajaran Fendi
Seperti yang anda nampak..
Fendi bermula di sekolah cina dan di sini Fendi belajar untuk berdikari
Sebab..
Fendi xde sape untuk dijadikan cikgu kat rumah..
Terpaksa menjadikan jiran, kawan-kawan di sekolah dan cikgu menjadi tempat bertanya


Credit to Kento..lukisan yang sangat romantis


Pernah beberapa kali Fendi beritahu kat parents untuk berhenti sekolah di sini
Namun,
cikgu & parents Fendi x benarkan..
Lagi suruh Fendi usaha untuk mencapai kejayaan..
Sekarang ni Fendi tahu betapa pentingnya Mandarin dan x sia-sia Fendi belajar

Terima Kasih Cikgu!!


Fendi duduk depan sekali..3 dari kiri


Kat sekolah menengah ni Fendi banyak main-main
Masa kat SMJK Confucian
Fendi merase pergi dan balik naik bas macam orang kerja
Lepak kat CC main counter strike
Haha..memang lawak la kalau pikir balik time tu..

Masa kat SMK Hutan Melintang
Belajar duduk dalam asrama
Dapat penyakit kulit..mengorat perempuan pakai public phone
Belajar hormat senior (memang x suka)

Masa kat SMK Sri Sentosa
Fendi belajar untuk membuat keputusan untuk diri sendiri
Macam nak pilih course ape pas SPM
Nak pilih route ape pas SPM
So,
keputusannya Fendi pilih jalan ke Matrix

Semasa Matrix ni boleh dikatakan sebagai waktu yang sangat rilex
Ye la..tido makan main dan sebagainya memang diatur sendiri
Time akhir-akhir ni la baru nak pikir pasal sambung degree
takut x dapat tawaran daripada universiti tempatan

Alhamdulillah
Fendi mendapat tawaran di Universiti Malaysia Pahang
Syukur sangat-sangat..

Terima Kasih Cikgu!!

Diharapkan segala perkongsian di atas dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan tentang hidup
Kepada semua pembaca-pembaca yang masih muda..
Jangan mudah putus asa & tanamkan impian anda untuk menjadi insan yang cemerlang dari semua segi..


Nantikan seterusnya..
Terima Kasih kerana sudai membaca post di blog LT!!


Dah FINAL EXAM ke???


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pengikut dan pembaca setia blog Living & Travel


Maafkan andai blog ini x dapat mengeluarkan post selama yang anda tunggu..
LT menghadapi minggu peperiksaan akhir selama 3 minggu..
So,
LT akan off blogging hingga habis semua paper LT
LT akan habis tepat pada 10 Mei nanti..


Selepas siap mengemas dan check out untuk kali terakhir,
LT akan sampai di rumah lebih kurang 14 atau 15 Mei
Selepas itu,
LT akan start blogging semula secara khusus.. (Cara khusus tuu macam mane yer??)


LT akan menghadapi 2 paper pada final kali ni..


PAPER 1:
Subject : Air Pollution (Elective)
Time : 9.00am - 12.00pm
(dah settle hari ni..syukur alhamdulillah)



Macam ni la air pollution..source: www.stuffintheair.ca


PAPER 2:
Subject : Polymer Technology (Elective)
Time : 9.00am - 12.00pm
Date: 10/5/2011


Polymer products..source: www.fraunhofer.de


Doakan semoga LT dapat menempuh cabaran ini dengan tenang dan sabar..
LT juga doakan kepada semua blogger yang sedang menghadapi Final Exam atau seangkatan dengannyer..
Selamat maju jaya dan all the best in your exams!!
LT pasti anda mampu menempuhnya..


Nantikan seterusnyer!!
Terima Kasih kerana sudi membaca post di blog LT!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh tinggalkan link anda di sini ya!