~Pengikut yg Setia~

Cameron Highland di negeri Pahang



Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua!


Apa khabar?
Harap anda sihat-sihat selalu
Kali ni Fendi nak berkongsi pengalaman bercuti di Cameron Highland
Cameron Highland last sekali Fendi pegi maybe dah 6 tahun dulu
dah x sejuk sangat sekarang ni
Maybe sebab dah banyak pembangunan di atas sana
Memang banyak kerja-kerja naik taraf kat sana


Permandangan Ladang Teh 












Dari Kuala Lumpur, kami sekeluarga bertolak di waktu pagi mengelakkan kesesakan
Tapi dekat dengan Manjong x silap
traffic dah start slow
Total waktu perjalanan mengambil masa dalam 5 jam untuk sampai ke Tanah Rata


Di ladang Cameron Valley Tea (bukan ladang teh BOH)


Sampai-sampai je terus cari makan
Untuk mengelakkan sebarang muntah sepanjang perjalanan naik ke atas
Anda dinasihatkan untuk tidak makan makanan yang berat-berat
Cukup sekadar mengalas perut tau!
Fendi yang drive pun pening masa sampai di Tanah Rata
Jalan berliku-liku


Cameron Valley Tea House


Sepanjang singgah di sini selama 3 hari 2 malam
Fendi boleh beritahu yang buah seperti strawberry dan sayur sangat murah dan fresh
X sama rasanya dengan sayur di tanah landai
Maybe sebab cuaca x sama kan


Rumah di atas bukit


Ada jual pisang goreng..tapi kedai x bukak


Dapat la berkunjung ke Kea Farm
orang cakap tempat ni femes sebab sayur dier
Tapi Fendi tengok xda la best sangat
Maybe sebab dah femes kot


Jom la datang ke kedai teh!
Atas bukit di ladang BOH


Secara keseluruhannya Fendi memang enojy la
sebab semuanya ditanggung bereh! haha
Lain kali boleh la bawak family datang rehat-rehat
Permandangan masih lawa n tenang
Cuma suhu die je dah naik
tapi still kena pakai sweater gak sebab x biasa dengan suhu die


Lawa kan permandangan di sini


Balik dari Cameron sempat lagi makan durian dari hutan aka durian liar
Sedap n murah pulak tu
Sangat enjot bila berada di sini
Ok la semua
Terima kasih sebab sudi membaca di blog Fendi ini


Jangan berhenti membaca entri-entri lain yer


[Sharing] Macam mana nak bersihkan laptop anda



Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all!


Hari ni nak share sikit macam mana nak bersihkan laptop anda
Peralatan yang diperlukan:
air yang berwarna ala-ala tanah, berus gigi dan gayong
Senang saja untuk mencuci
X sampai 10 minit dah boleh siap
Jom kita tengok dulu




Jangan marah ya!
Sekadar gurauan di pagi hari


Terima kasih sebab sudi baca di blog ini


Durian Goreng yang Menarik Sehingga ingin Order Lagi



Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all!

Alhamdulillah
Hari ini traffic ke blog Fendi tinggi
Terima kasih kepada yang sudi singgah, follow n komen di sini
Kerjasama anda amatlah dihargai! (ayat JKR)


Ditemani oleh cik Musliha
Kami pun pergi ke tempat yang dituju iaitu Odeen Corner
Tempat ini terletak di Larkin Jaya
Dengan usaha dan cuba jaya untuk mencari tempat ini
Akhirnya kami jumpa dan x sabar untuk menikmati keenakan durian goreng


Menu yang menarik..susunan yang cantik..simple


Setelah perbincangan yang mendalam
Akhirnya kami order Kuew tiow Goreng, Kuew Tiow Hongkong, Durian Goreng (mesti!!)
Air asam boi dan tembikai
Memang kenyang dan terbaik servis dier
Memang laju


Kuew Tiow Hongkong

Kuew Tiow version goreng..sedap!

Tembikai

Asam boi

Trademark untuk Odeen Corner sudah semestinya Durian Goreng
Memang sedap!
Tapi bagi Fendi satu set pun dah cukup
Kalau banyak sangat nanti cepat muak
Sebab rasenya lebih kurang macam pisang goreng tapi intinya durian

Sedapnya makan Durian Goreng

Ini la dia Durian Goreng. Satu ketul RM 1
Lain kali Fendi akan update lagi yer
Terima kasih sebab sudi meluangkan masa anda di blog ini.


Selamat Menyambut Hari Malaysia 16/9/2011


Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all!!


Hari ini cuti bersempena dengan Hari Malaysia
Fendi pun ada jugak sedikit perasaan patriotik untuk negara
Kalau x hari ini patutnya ada kuliah
Pada hari 31 Ogos Fendi x sempat nak post 
Sebab sibuk dengan raya pada ketika itu.


Nak compare Malaysia dengan negara lain
Fendi akan comparekan airport Malaysia dengan airport yang Fendi singgah iaitu
di China dan di Arab Saudi.


Pada pendapat Fendi, airport KLIA yang kita miliki sekarang ini jauh lebih baik berbanding dengan yang lain
Kalau dari 10 bintang, Fendi akan bagi 10 bintang, full marks.
Jeddah aiport boleh dikatakan paling sibuk pada musim haji
Beijing International Airport pula antara airport yang sibuk di dunia berdasarkan bilangan keluar masuk ke dalam negara China


Permandangan KLIA di waktu malam


Dari segi makanan lak
Malaysia memang la selera kita
Senang nak cari makan
Lebih senang cari di Malaysia compare cari di Beijing.


Apa-apa pun Fendi nak ucapkan selamat menyambut hari Malaysia
kepada semua yang bercuti
Nikmati lah cuti anda sebagaimana Fendi nikmatinya
Boleh la kalau nak basuh kereta, basuh kain, lipat kain dan lain-lain


Jalur Gemilang kebanggaan Malaysia
(off topik): x sabar nak pegi tengok Raya x Jadi esok.


Terima kasih sebab sudi baca blog ini.


Menikmati keindahan The Zon Johor Bharu



Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all!


Hari ini pas siap register subject
Fendi keluar untuk membayar yuran konvo yang akan tamat x lama lagi
Tarikh tamat pada minggu hadapan
Namun Fendi nak siapkan awal supaya x kelam kelibut ribut taufan nanti


Fendi akan berkonvo pada 1/10/2011 setelah tertunda seminggu lambat
Di Dewan Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang
X sabar nak jumpa sahabat handai dan pensyarah yang telah banyak membantu Fendi semasa di UMP dulu
Dan dapat mencuba makanan yang lama dah Fendi idam dan hanya terdapat di Kuantan


Selepas membayar yuran konvo
Fendi pegi melepak jap di Plaza Kotaraya
Terpegun Fendi melihat pertama kali
Ada masjid di dalam shopping mall
Selalunya ada surau jer
Maknanya dapat la menunaikan solat Jumaat di dalam shopping mall tersebut


Selepas habis melepak di plaza tersebut
Fendi pegi singgah di The Zon
Orang kata sebagai tempat bebas cukai
Ini la yang Fendi bawak sebagai cenderahati dari The Zon




Air Mineral The Zon




Thanks sebab sudi membaca di Blog Fendi!


Aku ditemani Kopi di Pagi Hari



Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Pagi ni Fendi sarapan dengan kopi Power Root AliCafe
Kaw giler kopi ni
Kalau minum banyak pun x elok untuk kesihatan k!


Selalunya kalau di rumah
Fendi sarapan apa yang disediakan oleh mak tercinta
tapi kalau sendiri ni
paham-paham aje la
Save kos dengan malas
Sarapan la dengan apa yang ada


Power Root menemani di pagi ini
Kepada anda di luar sana
Jangan lupa untuk sarapan yer
Nanti x larat pulak untuk meneruskan kehidupan seharian


Semalam Fendi singgah di Danga Bay dan Uptown JB
Kedua-dua tempat memang menarik
Masing-masing mempunyai tarikan dan permandangan yang tersendiri
Rasenya pas ni Fendi nk share pasal g Cameron lak
InsyaALLAH


Dari atas bukit BOH Tea Farm
Fendi tangkap gambo di atas ini di bukit BOH Tea Farm
Dalam 10 minit jugak mendaki bukit ni
Naik dengan adik-adik Fendi
Permandangan yang menarik dan angin yang sejuk terasa di atas ni


Roti Pool khas dari Larkin



Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua


Hari ni Fendi nak berkongsi mengenai penemuan yang terbaru setelah menjejakkan kaki di bumi Johor ini
Fendi pegi sarapan di Larkin pagi ni
Xde la jauh sangat dari Skudai
Dalam 20 minit perjalanan (sanggup tuu..)


Menikmati sarapan dengan teh tarik beserta ais jagung..
memang menarik!!
Setelah sarapan Fendi menjejakkan kaki ke Pasar Tani berdekatan dengan tempat makan tadi
Pusing punye pusing..Jam jugak yang Fendi beli..


Ni roti yang datang sekali dengan kuah..
Xtau la Fendi makanan ni berasal dari mana
Tapi rasenye memang sedap dan mampu untuk meninggikan kolestrol anda..
Anda bayangkan..
Ada daging, telur, bawang, cili dan kuahnya..
Cukup sarapan ini untuk menyimpan lemak-lemak di badan anda (makan jangan berlebihan yer)



Ni la poolnya
Kepada anda yang datang ke Johor Bharu,
Jangan lupa untuk singgah di Larkin menikmati Roti Pool Haji di Medan Selera Johor, Larkin


Terhasillah Roti Pool


Sarapan elok untuk kesihatan



Assalamulaikum & Salam Sejahtera semua


Alhamdulillah
Selamat Fendi sampai ke Skudai pada hari isnin
Kesian kepada encik Kancil kerana memberi bakti yang x terhingga hingga sampainye Fendi di sini
Kalau xde encik Kancil
Memang la Fendi x sampai lagi


Sebenarnye Fendi dah round bandar JB yang dekat dengan Skudai
Lain la suasananya dengan bandar KL yang Fendi tinggal
Jalannya orang kat sini consider sebagai highway
Bagi Fendi
memang layak kot..
sebab sampai 4 lane jalan ke bandar
Tapi satu la.
Kat sini kos hidup tinggi
Pandai-pandai la anda jimat yer..



Tips penjimatan dan sihat ini dibawa oleh Fendi
Jom la sarapan dengan yogurt
biar lawas perut ni
Fendi makan perisa mango
Antara perisa favorite Fendi
Kurangkan makanan berminyak di waktu pagi


ni la die..yogurt yang Fendi minat

Kalau Fendi minat brand Dutch Lady dengan Marigold
Sebab 2 brand ni yogurt die lebih pekat berbanding dengan lain (My own opinion)
Kalau yogurt drink lak Fendi lebih minat Marigold dengan Blizz (sedapp!!)

Ok la semua
ni je Fendi dapat berkongsi pada pagi ini
Ape-ape pun selamat berhari rabu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh tinggalkan link anda di sini ya!