~Pengikut yg Setia~

Durian Goreng yang Menarik Sehingga ingin Order Lagi



Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all!

Alhamdulillah
Hari ini traffic ke blog Fendi tinggi
Terima kasih kepada yang sudi singgah, follow n komen di sini
Kerjasama anda amatlah dihargai! (ayat JKR)


Ditemani oleh cik Musliha
Kami pun pergi ke tempat yang dituju iaitu Odeen Corner
Tempat ini terletak di Larkin Jaya
Dengan usaha dan cuba jaya untuk mencari tempat ini
Akhirnya kami jumpa dan x sabar untuk menikmati keenakan durian goreng


Menu yang menarik..susunan yang cantik..simple


Setelah perbincangan yang mendalam
Akhirnya kami order Kuew tiow Goreng, Kuew Tiow Hongkong, Durian Goreng (mesti!!)
Air asam boi dan tembikai
Memang kenyang dan terbaik servis dier
Memang laju


Kuew Tiow Hongkong

Kuew Tiow version goreng..sedap!

Tembikai

Asam boi

Trademark untuk Odeen Corner sudah semestinya Durian Goreng
Memang sedap!
Tapi bagi Fendi satu set pun dah cukup
Kalau banyak sangat nanti cepat muak
Sebab rasenya lebih kurang macam pisang goreng tapi intinya durian

Sedapnya makan Durian Goreng

Ini la dia Durian Goreng. Satu ketul RM 1
Lain kali Fendi akan update lagi yer
Terima kasih sebab sudi meluangkan masa anda di blog ini.


Selamat Menyambut Hari Malaysia 16/9/2011


Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all!!


Hari ini cuti bersempena dengan Hari Malaysia
Fendi pun ada jugak sedikit perasaan patriotik untuk negara
Kalau x hari ini patutnya ada kuliah
Pada hari 31 Ogos Fendi x sempat nak post 
Sebab sibuk dengan raya pada ketika itu.


Nak compare Malaysia dengan negara lain
Fendi akan comparekan airport Malaysia dengan airport yang Fendi singgah iaitu
di China dan di Arab Saudi.


Pada pendapat Fendi, airport KLIA yang kita miliki sekarang ini jauh lebih baik berbanding dengan yang lain
Kalau dari 10 bintang, Fendi akan bagi 10 bintang, full marks.
Jeddah aiport boleh dikatakan paling sibuk pada musim haji
Beijing International Airport pula antara airport yang sibuk di dunia berdasarkan bilangan keluar masuk ke dalam negara China


Permandangan KLIA di waktu malam


Dari segi makanan lak
Malaysia memang la selera kita
Senang nak cari makan
Lebih senang cari di Malaysia compare cari di Beijing.


Apa-apa pun Fendi nak ucapkan selamat menyambut hari Malaysia
kepada semua yang bercuti
Nikmati lah cuti anda sebagaimana Fendi nikmatinya
Boleh la kalau nak basuh kereta, basuh kain, lipat kain dan lain-lain


Jalur Gemilang kebanggaan Malaysia
(off topik): x sabar nak pegi tengok Raya x Jadi esok.


Terima kasih sebab sudi baca blog ini.


Menikmati keindahan The Zon Johor Bharu



Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all!


Hari ini pas siap register subject
Fendi keluar untuk membayar yuran konvo yang akan tamat x lama lagi
Tarikh tamat pada minggu hadapan
Namun Fendi nak siapkan awal supaya x kelam kelibut ribut taufan nanti


Fendi akan berkonvo pada 1/10/2011 setelah tertunda seminggu lambat
Di Dewan Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang
X sabar nak jumpa sahabat handai dan pensyarah yang telah banyak membantu Fendi semasa di UMP dulu
Dan dapat mencuba makanan yang lama dah Fendi idam dan hanya terdapat di Kuantan


Selepas membayar yuran konvo
Fendi pegi melepak jap di Plaza Kotaraya
Terpegun Fendi melihat pertama kali
Ada masjid di dalam shopping mall
Selalunya ada surau jer
Maknanya dapat la menunaikan solat Jumaat di dalam shopping mall tersebut


Selepas habis melepak di plaza tersebut
Fendi pegi singgah di The Zon
Orang kata sebagai tempat bebas cukai
Ini la yang Fendi bawak sebagai cenderahati dari The Zon




Air Mineral The Zon




Thanks sebab sudi membaca di Blog Fendi!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh tinggalkan link anda di sini ya!