~Pengikut yg Setia~

Showing posts with label Travel China. Show all posts
Showing posts with label Travel China. Show all posts

Great Wall of China (Part 10)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Living & Travel

Jom kite pergi ke lebih jauh iaitu ke Great Wall of China
Memandangkan tempat ni adalah antara tempat yang menarik di dunia..
kumpulan kami x melepaskan peluang untuk berkunjung ke sini
Apa yang menarik ialah dari segi seni bina dan permandangan yang ada di sini

Fendi sendiri kagum dengan binaan yang ada di situ
Kita sendiri terfikir bagaimana pembinaan tersebut berlaku pada zaman dahulu kala..
Namun, persoalan tersebut x dapat la Fendi jawabkan ya..

[1] Jom kite isi minyak di China




Dalam banyak perjalanan di China,
Perjalanan ke Great Wall of China merupakan yang paling jauh dari tempat penginapan Fendi
Dan juga memakan masa paling lama iaitu dalam 3 jam..
Jauh betul tempatnyer..campur dengan kami sesat...

[2] Sungai yang beku diselaputi ais

[3] Macam bangunan biasa.. walhal ini adalah sebuah masjid

[4] Yeay..setelah 3 jam perjalanan..akhirnya dah sampai di pintu masuk Great Wall
Time ni memang tengah salji..
Rindu pulak Malaysia yang panas..
Bukan aper..Kulit hidung dan mulut mengelupas..
Memang sakit dan sangat merah..

[5] Nampak x checkpoint Great Wall?

[6] Kami yang sangat gembira bila sampai di Great Wall

[7] Kesian tukang kamera kami..
So,
bila dah sampai di Great Wall
memang tanam niat untuk sampai ke Check Point yang banyak..
tapi sebenarnya atau hakikatnya..
Kami hanya dapat 3 checkpoint
lepas dah siap mendaki, kami turun dengan gelongsor ke bawah..
Rupanya, turun lagi takut bila naik..

[8] Ada orang dapat baju sejuk yang baru..
[9] Kami akan daki Great Wall ini!!

[10] Sebelum nak masuk kena la beli tiket dulu yer

[11] Mafia terbaru di Great Wall..
Kami di atas lebih kurang dalam 3 jam..
Tangga di Great Wall bukan macam bangunan yang ada
tangga dia x sekata..ada yang tinggi..ada yang rendah..

[12] One World One Dream

[13] Jom main cak-cak di China

[14] Permandangan gunung-gunung di China

[15] Jangan terpedaya dengan jarak ini.. Jauh sebenarnya check point ni..

[16] Fendi memandang jauh ke sana

[17] Gambar dari atas Great Wall..sangat menarik

[18] Ada menjual biskut tiger di Great Wall..harganya..sangat mahal..
Kebetulan rezeki kami untuk berjumpa dengan orang Malaysia di Great Wall
Thanks kepada mereka yang sudi bergambar dengan kami..

[19] Ni la pasangan yang Fendi beritahu tadi..
Selepas berjumpa dengan mereka..Kami pun bertolak ke kaunter tren untuk turun ke bawah..

[20] Kamera woman sedang menunjuk tiket yang dibelinya

[21] Fendi sedang cuba memasukkan diri dalam temapt duduk tren tersebut

[22] Selamat sampai di bawah..Abel yang seronok..

Sekian sahaja hari keempat di China..
Nantikan seterusnya..
Terima kasih sebab sudi membace post di blog Living & Travel


Trip to China (Part 9)




Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pembaca!!




Ape kabor semua?
Harap anda dalam keadaan sihat yer..
Fendi pun sihat di sini..
Dah lama x post..
So..
teringin nak menulis semula mengenai kisah lama Fendi di Blog LT ni


Kite kembali ke zaman kujungan ke China
Kalau siapa-siapa yang belum membaca..
ni post ke link iaitu Part 8..klik di SINI


Nak tahu cerita pasal pe ni.. Jom layan cerita di bawah..




Pada masa Fendi sampai di Tianjin..
kena tunggu teksi..
line memang panjang tapi orang China ni senyap jer..
x macam kami ni..
bising la sebab excited g tempat orang..
Lagi satu kalau potong Q pun orang China ni beri laluan jer..
Bagi Fendi macam bagus tak bertempat la..


[1] Sewaktu tiba di Tianjin


[2] Abel bergambar dengan tren sambil mempromosikan air mineral

Selepas kami mendapat teksi..
Kami pun melihat sekeliling sambil menunggu untuk sampai
dalam 20 minit sampai la ke destinasi kami iaitu Tianjin University


[3] Pintu masuk ke Tianjin University


[4] Contoh teksi yang kami naiki dari stesen keretapi

Sampai aje di Tianjin University
kami disambut oleh dua orang pelajar di sana
Nasib baik boleh berbahasa Inggeris
Dapat la kami bercakap dengan selesa


[5] Dengan pelajar pertama


[6] Dengan pelajar kedua
Antara 3 universiti sebelum ni yg Fendi pergi..
Tianjin University melayan paling baik..
Siap ada nak buat Memorandum of Understanding (MoU) antara UMP dengan Tianjin University
Tetapi x dapat laksana sebab pegawai atasan di China x meluluskan permohonan mereka
Ada rezeki kiter jumpa lagi..


[7] Antara landmark yang ada dalam Tianjin University



[8] Tianjin Student Representative khusyuk melihat video koperat UMP


[9] Giliran kami pulak melihat video koperat Tianjin University
[10] Pengarah program sedang menjelaskan tentang universiti dan juga Malaysia

Lepas dah siap semua perbincangan, kami dapat bergambar dengan semua wakil universiti
Pas 2 siap ada lunch lagi..
Thanks Tianjin University
Lepas siap kenyang perut..
Bawak masuk pula ke salah satu dewan kuliah..
My Opinion: Kurang interaksi antara lecturer dengan pelajar, bosan, old school skit..
Solution: Bersyukur dengan lecture yang ada di Malaysia

[11] Universiti di China masih menggunakan papan hitam

Selepas selesai di universiti,
kami dibawa untuk melawat bandar Tianjin
Dapat jugak jumpa masjid di China dan komuniti Islam di situ..
Nak tahu lebih lanjut..
Jom layan gambar di bawah yer..

[12] Jom kte g minum wahai jiran
[13] X silap Fendi ukuran daipada jed
[14] Pintu gerbang ke masjid besar Tianjin
[15] Ada rojak/pasembur di China ke?
[16] Pintu masuk masjid
Dh siap makan malam di Tianjin..
kami pun bertolak balik ke Beijing.
Sempat jugak bergambar dengan pelayan tern kami ke Beijing
Demikian berakhir lah hari ketiga di China..


[17] ni papan kenyataan untuk ketibaan tren.. merah menyala

[18] Dalam kelas premier.. macam orang kaya sebentar

[19] Pelayan tren Beijing bergambar bersama kami

Nantikan seterusnyer..
Terima kasih sebab sudi membaca post di blog Living & Travel ini..


Trip to China (Part 8)


Assalamualaikum kepada semua pembace blog LT..


Harap anda dalam keadaan sihat sejahtera.
Lame LT x update blog
ni pasal internet di tempat LT terputus
Hari ni baru dapat update sume benda..
Harap anda setia menunggu yer!!


Kali ni xde cerita pasal Beijing..
cume kali ni nak sambung kat daerah yang dekat dengan Beijing..
iaitu Tianjin..


Tiajin ni lebih kurang 150km dari Beijing..
pas 2 kami naik speedtrain ke Beijing..
sebab nak sampai sane kul 10am,
kena la bangun awal n siap cepat2
kami pun makan je ape yang ader..



Lobby di hotel yang LT tinggal
Dalam kul 7am,
kami pun bergerak ke stesen keretapi yang paling dekat di Beijing..
Stesen keretapi ni boleh ke bahagian2 lain di China..
contohnyer Shanghai, Guangzhou..


Kami pun dapat merasa keadaan sesaknye Beijing di waktu pagi..
memang sesak giler..
sampai kat stesen dalam 30 minit
walhal, dalam 10 minit boleh sampai..



Pemandu teksi sedang memberi maklumat kepada LT


Satu lagi nak cerita,
pemandu teksi di China sangat menyanjungi Malaysia
Sebab mereka kata bagus la orang Malaysia boleh cakap Mandarin
dan ramai masih x boleh cakap bahasa inggeris
So,
kepada anda yang berminat ke Beijing..
pastikan anda ade tour guide yang boleh berbahasa Mandarin,



Kami yang sampai di stesen Speedtrain Beijing
Jom layan gambar di bawah
(Gambar-gambar di dalam stesen keretapi)






8.36am

Kaunter tiket segera






Tren seterusnyer..

Keseluruhan papan kenyataan di stesen ni..besar..


Pas kami dah beli tiket.ape lagi
nak naik tren ler..
tiket die berharge dalam RM 25 sehala
dengar kate die boleh pecut sampai 350 km/j



Keadaan di stesen keretapi..


Abel sedang meneliti manual yang ade
Nantikan seterusnyer!!
Terima kasih kerana sudi bace post di blog LT


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh tinggalkan link anda di sini ya!