~Pengikut yg Setia~

Study bersama Milo dan nota yang disayangi



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua

Alhamdulillah
Fendi telah melepasi test-test yang pertama
Memang tidak dinafikan susah
dan soalannya sangat tricky
Memerlukan pemerhatian dan pemahaman yang lebih

Harap-harap lepas ni soalannya lebih senang untuk Fendi score
Pengalaman Fendi study di UTM lebih bermakna berbanding di UMP
Contohnya dari segi bilik 24 jam





Di UTM

Bilik 24jam lebih sunyi dan tidak berbau

Tidak seperti di UMP
Penuh dengan jualan di dalam bilik 24 jam
Kerepek,kerongsang, jambu dan lain-lain

Lepas ni boleh la jadikan library sebagai tempat lepak
Selalunya Fendi akan membeli secawan kopi menemani malam hari
Contoh cawan
Perisa yang selalu beli ialah Cappuccino, Mocha atau Nescafe

Itu sahaja Fendi nak story pada kali ini
Terima kasih sebab sudi membaca blog Fendi
Jumpa lagi!


Balik daripada Bercuti


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Ape khabar semua?
Fendi di sini baru sahaja ingin memulihkan diri dari kepenatan
Fendi baru je balik dari KL ke UTM
Perjalanan memakan masa dalam 5 jam termasuk 1 jam berhenti
Bas dah delay selama setengah jam
Pas 2 berhenti di Terminal One Seremban dan isi minyak di Machap

Fendi tertido dan bangun selama beberapa kali
X lena tido dalam bas
Lepas 2 Fendi pun x jadi tido untuk malamnya
Harap-harap ade jugak anda di sane pernah mengalami


Lepas sampai je cari teksi untuk balik ke UTM
Nasib baik ada 3 orang kongsi satu teksi
Xde la mahal sangat drebar teksi 2 caj
Sebab kolej Fendi sangat jauh dari pintu besar

Kepada semua yang akan balik untuk sambung belajar
Diharap anda mempunyai semangat baru kerana baru balik daripada bercuti
InsyaAllah
Kita mampu membanggakan kedua ibu bapa

Sekian sahaja entri kali ini
Terima kasih sebab sudi membaca


Kabus di hutan Kolej Tun Ghafar Baba



Assalamualaikum & Selamat pagi semua


Sejuk di pagi hari membuatkan Fendi ingin menulis la sikit
Sejuk sampai kabus di sini
Semalam hujan di pagi hari
First time Fendi dapat melihat kabus di sini
Sebab sekitar asrama Fendi ni dikelilingi hutan
Membuatkan suasana macam hutan dalam kampus


nampak x kabus..sorry la..hp 2mp jer..



Pagi ni macam biase..minum kopi lagi untuk sarapan..insyaAllah..mampu untuk bertahan pada hari ni..Ade jugak kolam renang portable dekat blok Fendi ni..Rasenya Scuba Club UTM punya..tengok page Facebook deorang memang ada iklan untuk menyelam dengan diajar beberapa teknik baru..contohnya mask clearing, underwater breathing dan macam-macam lagi..RM 15 sekali diajar..tapi Fendi tengok dah beberapa hari deorang tinggal..harap tukar la air 2 sebelum menggunakannya..


yang ni lebih clear kot..
Sekian sahaja perkongsian permandangan di pagi ni
terima kasih sebab sudi baca di blog ini


Sorry Felo..pinjam rumah jap..


The Flexibility of Rubber Technology Quiz



Assalamualaikum & Selamat Pagi semua


Hari ini Fendi ade kuiz teknologi getah petang ni
Fendi pun tiada mood nak study sangat 
Melayan blog dan facebook sserta info-info terkini


Nak cerita sedikit pasal teknologi getah ni
Bagi Fendi,
antara teknologi yang penting dalam kehidupan ialah teknologi getah
sebab banyak aplikasi kehidupan yang berkait antara kehidupan dan getah
Antaranya tayar, pemadam
Kita mesti pakai benda-benda ni


Harga getah vs Harga Crude Oil (source: Malaysian Rubber Exchange)


Mula-mula Fendi berkecimpung dalam bidang teknologi getah ni adalah masa buat PSM
Memang tajuk ni sangat berbeza dengan tajuk-tajuk yang common dalam fakulti kejuruteraan kimia
Dan Fendi belajar dar susah untuk mengetahui cara pemprosesan getah
Alhamdulillah
Fendi telah menempuh satu fasa baru iaitu mengenali getah dengan lebih mendalam


Itu je Fendi nak update pada kali ini
terima kasih sebab sudi baca entri ini..


Madu yang sangat manis..bukan madu 4 tau!


Assalamualaikum & Selamat Pagi semua


Ape kabo?
sihat ker?
Fendi sudah kembali pulih dari sakit
Sebelum ni Fendi kena gastrik selama 2 hari
Demam untuk satu hari
Maybe sebab tahan lapar kot..
Haha


So, selama 2 hari ni cik buah hati saya yang menjaga saya
Thank you cik Musliha
sebab sudi menjaga saya selama 2 hari ni
Saya tahu dia risau tentang keadaan saya ini


Pada masa yang sama,
Dia belikan saya madu lebah made in Saudi Arabia
Gambarnya ada di bawah..


Madu dari Arab


Boleh dikatakan madu ni sangat sedap
So,
Setiap pagi Fendi akan bancuh air madu untuk kekuatan perut saya
=D


Alhamdulillah
Fendi pun telah sembuh
Sekian sahaja di sini
Terima kassih sebab sudi membaca di blog Fendi
=D


Convocation & Tupperware Idaman Semua



Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua


Apa khabar anda orang kampung?
Fendi di sini sihat alhamdulillah..


Pada awal bulan ni Fendi berkonvo
Maaf la memang x banyak gambar boleh dikongsi di sini
Alhamdulillah..semua berjalan lancar dan dapat bergraduat dari UMP secara rasmi
Pada hari kejadian, campur dengan lewat Fendi sampai dan hujan
Keadaan menjadi kelam-kabut


Selamat bergraduat kepada semua rakan-rakan Fendi yang telah konvo
Moga anda berjaya dalam bidang yang anda ceburi
Pengalaman kita bersama memang x dapat Fendi lupakan
InsyaALLAH
Bila kita punyai rezeki
Kita akan berjumpa lagi


Formal kan gambar Fendi


Selepas semua konvo berakhir pada 1/10
Fendi pun menghabiskan masa di Kuantan
tempat Fendi lepak selama 4 tahun belajar degree di UMP
Memang banyak kenangan di sana
Pahit dan manis, sukar untuk dilupakan


Terima Kasih yang hormat Dato'

Dari sudut yang berlainan


Alhamdulillah..syukur kepada Allah S.W.T


X lupa juga kepada semua lecturer dan sesiapa sahaja yang pernah mengajar Fendi
Terima kasih yang x terhingga kepada anda
Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa anda.


Macam model jubah konvo pun ada jugak


Nak dijadikan cerita di sini
Semalam Fendi bersinggah ke pesta Tupperware di Danga City Mall, JB
Ingatkan dapat la membeli barang sedikit
Rupanya barang mahal..
Deorang nak focus untuk kita jadi ahli Tupperware
Memang Fendi bawak balik gambar aje la dari sini


Tupperware Deal Carnival
Sekian sahaja post entri ini
Terima Kasih sebab sudi membaca blog ini


Cameron Highland di negeri Pahang



Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua!


Apa khabar?
Harap anda sihat-sihat selalu
Kali ni Fendi nak berkongsi pengalaman bercuti di Cameron Highland
Cameron Highland last sekali Fendi pegi maybe dah 6 tahun dulu
dah x sejuk sangat sekarang ni
Maybe sebab dah banyak pembangunan di atas sana
Memang banyak kerja-kerja naik taraf kat sana


Permandangan Ladang Teh 












Dari Kuala Lumpur, kami sekeluarga bertolak di waktu pagi mengelakkan kesesakan
Tapi dekat dengan Manjong x silap
traffic dah start slow
Total waktu perjalanan mengambil masa dalam 5 jam untuk sampai ke Tanah Rata


Di ladang Cameron Valley Tea (bukan ladang teh BOH)


Sampai-sampai je terus cari makan
Untuk mengelakkan sebarang muntah sepanjang perjalanan naik ke atas
Anda dinasihatkan untuk tidak makan makanan yang berat-berat
Cukup sekadar mengalas perut tau!
Fendi yang drive pun pening masa sampai di Tanah Rata
Jalan berliku-liku


Cameron Valley Tea House


Sepanjang singgah di sini selama 3 hari 2 malam
Fendi boleh beritahu yang buah seperti strawberry dan sayur sangat murah dan fresh
X sama rasanya dengan sayur di tanah landai
Maybe sebab cuaca x sama kan


Rumah di atas bukit


Ada jual pisang goreng..tapi kedai x bukak


Dapat la berkunjung ke Kea Farm
orang cakap tempat ni femes sebab sayur dier
Tapi Fendi tengok xda la best sangat
Maybe sebab dah femes kot


Jom la datang ke kedai teh!
Atas bukit di ladang BOH


Secara keseluruhannya Fendi memang enojy la
sebab semuanya ditanggung bereh! haha
Lain kali boleh la bawak family datang rehat-rehat
Permandangan masih lawa n tenang
Cuma suhu die je dah naik
tapi still kena pakai sweater gak sebab x biasa dengan suhu die


Lawa kan permandangan di sini


Balik dari Cameron sempat lagi makan durian dari hutan aka durian liar
Sedap n murah pulak tu
Sangat enjot bila berada di sini
Ok la semua
Terima kasih sebab sudi membaca di blog Fendi ini


Jangan berhenti membaca entri-entri lain yer


[Sharing] Macam mana nak bersihkan laptop anda



Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all!


Hari ni nak share sikit macam mana nak bersihkan laptop anda
Peralatan yang diperlukan:
air yang berwarna ala-ala tanah, berus gigi dan gayong
Senang saja untuk mencuci
X sampai 10 minit dah boleh siap
Jom kita tengok dulu




Jangan marah ya!
Sekadar gurauan di pagi hari


Terima kasih sebab sudi baca di blog ini


Durian Goreng yang Menarik Sehingga ingin Order Lagi



Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all!

Alhamdulillah
Hari ini traffic ke blog Fendi tinggi
Terima kasih kepada yang sudi singgah, follow n komen di sini
Kerjasama anda amatlah dihargai! (ayat JKR)


Ditemani oleh cik Musliha
Kami pun pergi ke tempat yang dituju iaitu Odeen Corner
Tempat ini terletak di Larkin Jaya
Dengan usaha dan cuba jaya untuk mencari tempat ini
Akhirnya kami jumpa dan x sabar untuk menikmati keenakan durian goreng


Menu yang menarik..susunan yang cantik..simple


Setelah perbincangan yang mendalam
Akhirnya kami order Kuew tiow Goreng, Kuew Tiow Hongkong, Durian Goreng (mesti!!)
Air asam boi dan tembikai
Memang kenyang dan terbaik servis dier
Memang laju


Kuew Tiow Hongkong

Kuew Tiow version goreng..sedap!

Tembikai

Asam boi

Trademark untuk Odeen Corner sudah semestinya Durian Goreng
Memang sedap!
Tapi bagi Fendi satu set pun dah cukup
Kalau banyak sangat nanti cepat muak
Sebab rasenya lebih kurang macam pisang goreng tapi intinya durian

Sedapnya makan Durian Goreng

Ini la dia Durian Goreng. Satu ketul RM 1
Lain kali Fendi akan update lagi yer
Terima kasih sebab sudi meluangkan masa anda di blog ini.


Selamat Menyambut Hari Malaysia 16/9/2011


Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all!!


Hari ini cuti bersempena dengan Hari Malaysia
Fendi pun ada jugak sedikit perasaan patriotik untuk negara
Kalau x hari ini patutnya ada kuliah
Pada hari 31 Ogos Fendi x sempat nak post 
Sebab sibuk dengan raya pada ketika itu.


Nak compare Malaysia dengan negara lain
Fendi akan comparekan airport Malaysia dengan airport yang Fendi singgah iaitu
di China dan di Arab Saudi.


Pada pendapat Fendi, airport KLIA yang kita miliki sekarang ini jauh lebih baik berbanding dengan yang lain
Kalau dari 10 bintang, Fendi akan bagi 10 bintang, full marks.
Jeddah aiport boleh dikatakan paling sibuk pada musim haji
Beijing International Airport pula antara airport yang sibuk di dunia berdasarkan bilangan keluar masuk ke dalam negara China


Permandangan KLIA di waktu malam


Dari segi makanan lak
Malaysia memang la selera kita
Senang nak cari makan
Lebih senang cari di Malaysia compare cari di Beijing.


Apa-apa pun Fendi nak ucapkan selamat menyambut hari Malaysia
kepada semua yang bercuti
Nikmati lah cuti anda sebagaimana Fendi nikmatinya
Boleh la kalau nak basuh kereta, basuh kain, lipat kain dan lain-lain


Jalur Gemilang kebanggaan Malaysia
(off topik): x sabar nak pegi tengok Raya x Jadi esok.


Terima kasih sebab sudi baca blog ini.


Menikmati keindahan The Zon Johor Bharu



Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all!


Hari ini pas siap register subject
Fendi keluar untuk membayar yuran konvo yang akan tamat x lama lagi
Tarikh tamat pada minggu hadapan
Namun Fendi nak siapkan awal supaya x kelam kelibut ribut taufan nanti


Fendi akan berkonvo pada 1/10/2011 setelah tertunda seminggu lambat
Di Dewan Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang
X sabar nak jumpa sahabat handai dan pensyarah yang telah banyak membantu Fendi semasa di UMP dulu
Dan dapat mencuba makanan yang lama dah Fendi idam dan hanya terdapat di Kuantan


Selepas membayar yuran konvo
Fendi pegi melepak jap di Plaza Kotaraya
Terpegun Fendi melihat pertama kali
Ada masjid di dalam shopping mall
Selalunya ada surau jer
Maknanya dapat la menunaikan solat Jumaat di dalam shopping mall tersebut


Selepas habis melepak di plaza tersebut
Fendi pegi singgah di The Zon
Orang kata sebagai tempat bebas cukai
Ini la yang Fendi bawak sebagai cenderahati dari The Zon




Air Mineral The Zon




Thanks sebab sudi membaca di Blog Fendi!


Aku ditemani Kopi di Pagi Hari



Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Pagi ni Fendi sarapan dengan kopi Power Root AliCafe
Kaw giler kopi ni
Kalau minum banyak pun x elok untuk kesihatan k!


Selalunya kalau di rumah
Fendi sarapan apa yang disediakan oleh mak tercinta
tapi kalau sendiri ni
paham-paham aje la
Save kos dengan malas
Sarapan la dengan apa yang ada


Power Root menemani di pagi ini
Kepada anda di luar sana
Jangan lupa untuk sarapan yer
Nanti x larat pulak untuk meneruskan kehidupan seharian


Semalam Fendi singgah di Danga Bay dan Uptown JB
Kedua-dua tempat memang menarik
Masing-masing mempunyai tarikan dan permandangan yang tersendiri
Rasenya pas ni Fendi nk share pasal g Cameron lak
InsyaALLAH


Dari atas bukit BOH Tea Farm
Fendi tangkap gambo di atas ini di bukit BOH Tea Farm
Dalam 10 minit jugak mendaki bukit ni
Naik dengan adik-adik Fendi
Permandangan yang menarik dan angin yang sejuk terasa di atas ni


Roti Pool khas dari Larkin



Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua


Hari ni Fendi nak berkongsi mengenai penemuan yang terbaru setelah menjejakkan kaki di bumi Johor ini
Fendi pegi sarapan di Larkin pagi ni
Xde la jauh sangat dari Skudai
Dalam 20 minit perjalanan (sanggup tuu..)


Menikmati sarapan dengan teh tarik beserta ais jagung..
memang menarik!!
Setelah sarapan Fendi menjejakkan kaki ke Pasar Tani berdekatan dengan tempat makan tadi
Pusing punye pusing..Jam jugak yang Fendi beli..


Ni roti yang datang sekali dengan kuah..
Xtau la Fendi makanan ni berasal dari mana
Tapi rasenye memang sedap dan mampu untuk meninggikan kolestrol anda..
Anda bayangkan..
Ada daging, telur, bawang, cili dan kuahnya..
Cukup sarapan ini untuk menyimpan lemak-lemak di badan anda (makan jangan berlebihan yer)



Ni la poolnya
Kepada anda yang datang ke Johor Bharu,
Jangan lupa untuk singgah di Larkin menikmati Roti Pool Haji di Medan Selera Johor, Larkin


Terhasillah Roti Pool


Sarapan elok untuk kesihatan



Assalamulaikum & Salam Sejahtera semua


Alhamdulillah
Selamat Fendi sampai ke Skudai pada hari isnin
Kesian kepada encik Kancil kerana memberi bakti yang x terhingga hingga sampainye Fendi di sini
Kalau xde encik Kancil
Memang la Fendi x sampai lagi


Sebenarnye Fendi dah round bandar JB yang dekat dengan Skudai
Lain la suasananya dengan bandar KL yang Fendi tinggal
Jalannya orang kat sini consider sebagai highway
Bagi Fendi
memang layak kot..
sebab sampai 4 lane jalan ke bandar
Tapi satu la.
Kat sini kos hidup tinggi
Pandai-pandai la anda jimat yer..



Tips penjimatan dan sihat ini dibawa oleh Fendi
Jom la sarapan dengan yogurt
biar lawas perut ni
Fendi makan perisa mango
Antara perisa favorite Fendi
Kurangkan makanan berminyak di waktu pagi


ni la die..yogurt yang Fendi minat

Kalau Fendi minat brand Dutch Lady dengan Marigold
Sebab 2 brand ni yogurt die lebih pekat berbanding dengan lain (My own opinion)
Kalau yogurt drink lak Fendi lebih minat Marigold dengan Blizz (sedapp!!)

Ok la semua
ni je Fendi dapat berkongsi pada pagi ini
Ape-ape pun selamat berhari rabu


Hari Lebaran Hari Kemenangan


Assalamualaikum semua!

Selamat hari raya aidilfitri
Maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali Fendi
Alhamdulillah..syukur kepada Allah..


Hari ini Fendi dapat berhari raya di rumah
Sebelum beraya mesti la kena solat sunat Hari Raya dan minta maaf kepada orang tua
Alhamdulillah..
Semua berjalan lancar..





Fendi jamah satay pada pagi raya ini
Malas nak jamah makanan berat-berat
Nanti x pasal-pasal jam pulak perut Fendi ni


Ok la anda semua 
Enjoy your holidays!!





Semakin Ramai yang Pulang ke Kampung Halaman



Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua


Apa khabar?
Harap anda sihat sejahtera.
Fendi di sini pun sihat


Semalam Fendi pergi menunaikan solat terawikh di masjid dekat dengan rumah Fendi
Didapati bilangan makmum sudah berkurangan
Daripada setengah masjid pada hari pertama
sudah menjadi 7 orang makmum semalam


Rasanya budak-budak ILP ni dah balik kampung
tapi moreh tetap ada beb
Roti cicah dengan kari daging
Terima kasih kepada pakcik yang sudi menyediakan moreh!!


Mesti ramai yang telah bergerak untuk pulang ke kampung halaman
Tahun ni Fendi raya di Kuala Lumpur
Berbeza dengan suasan yang lepas


Meriam taken from UchiBlog
Kalau kat kampung dapat la dengar dentuman meriam buluh  dan meriam tanah
Di KL ni dapat la suasana aman yang x dapat pada waktu lain
Orang kata boleh tido atas jalan raya..Haha (betul ke boleh ni?)


Kepada anda yang memandu kereta
Jangan lupa untuk servis kereta anda
Contohnya macam tukar minyak enjin, oil filter
Kalau boleh buat la alignment, balancing dan rotation pada tayar anda

InsyaALLAH
Fendi akan update lagi pada masa akan datang
Terima Kasih sebabsudi membaca blog Fendi ini..


Terhangat!! Berbuka Puasa bersama Rakan-Rakan



Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua


Semalam dapat Fendi berbuka bersama rakan-rakan di Manhattan Fish Market (klik sini untuk link MFM)
Sebelum berbuka puasa.
Kena la buat tempahan terlebih dahulu.


So..
Fendi membuat tempahan di MFM pada jam 3pm pada hari yang sama
Sebelum tu, Fendi call dlu untuk mendapat kepastian mengenai tempahan
Manager pula memberitahu untuk bayar secara penuh untuk mengelakkan last minit cancel
Bergegas saya ke sana untuk membayar terlebih dahulu.


Selepas tu,
Fahmi & Syera pula yang lambar kerana mereka kena tempuh jam dari Shah Alam
Kami pun berbuka terlebih dahulu.


Lala sampai paling awal di Midvalley
Diikuti oleh Fendi & Wan, Hizrin & Tatie, Pami dan last sekali Syera
Memang gempak habis kot dok kat situ.
hampir 2 jam setengah berada di sana.
Selepas makan order dessert lak.. (dessert die best!!)
(Mud Pie dan Brownies)
Gelak je memanjang (hahaha =D)

Disebabkan internet macam ciput.
x dapat la nak berkongsi gambar.
InsyaALLAh bile internet dah x limit
Fendi akan edit balik post ni.

Harap kepada semua yang hadir,
dapat menikmati makanan yang dihidangkan
Next destination konvoi raya lak!

Thanks all.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh tinggalkan link anda di sini ya!