~Pengikut yg Setia~

Kabus di hutan Kolej Tun Ghafar Baba



Assalamualaikum & Selamat pagi semua


Sejuk di pagi hari membuatkan Fendi ingin menulis la sikit
Sejuk sampai kabus di sini
Semalam hujan di pagi hari
First time Fendi dapat melihat kabus di sini
Sebab sekitar asrama Fendi ni dikelilingi hutan
Membuatkan suasana macam hutan dalam kampus


nampak x kabus..sorry la..hp 2mp jer..



Pagi ni macam biase..minum kopi lagi untuk sarapan..insyaAllah..mampu untuk bertahan pada hari ni..Ade jugak kolam renang portable dekat blok Fendi ni..Rasenya Scuba Club UTM punya..tengok page Facebook deorang memang ada iklan untuk menyelam dengan diajar beberapa teknik baru..contohnya mask clearing, underwater breathing dan macam-macam lagi..RM 15 sekali diajar..tapi Fendi tengok dah beberapa hari deorang tinggal..harap tukar la air 2 sebelum menggunakannya..


yang ni lebih clear kot..
Sekian sahaja perkongsian permandangan di pagi ni
terima kasih sebab sudi baca di blog ini


Sorry Felo..pinjam rumah jap..


The Flexibility of Rubber Technology Quiz



Assalamualaikum & Selamat Pagi semua


Hari ini Fendi ade kuiz teknologi getah petang ni
Fendi pun tiada mood nak study sangat 
Melayan blog dan facebook sserta info-info terkini


Nak cerita sedikit pasal teknologi getah ni
Bagi Fendi,
antara teknologi yang penting dalam kehidupan ialah teknologi getah
sebab banyak aplikasi kehidupan yang berkait antara kehidupan dan getah
Antaranya tayar, pemadam
Kita mesti pakai benda-benda ni


Harga getah vs Harga Crude Oil (source: Malaysian Rubber Exchange)


Mula-mula Fendi berkecimpung dalam bidang teknologi getah ni adalah masa buat PSM
Memang tajuk ni sangat berbeza dengan tajuk-tajuk yang common dalam fakulti kejuruteraan kimia
Dan Fendi belajar dar susah untuk mengetahui cara pemprosesan getah
Alhamdulillah
Fendi telah menempuh satu fasa baru iaitu mengenali getah dengan lebih mendalam


Itu je Fendi nak update pada kali ini
terima kasih sebab sudi baca entri ini..


Madu yang sangat manis..bukan madu 4 tau!


Assalamualaikum & Selamat Pagi semua


Ape kabo?
sihat ker?
Fendi sudah kembali pulih dari sakit
Sebelum ni Fendi kena gastrik selama 2 hari
Demam untuk satu hari
Maybe sebab tahan lapar kot..
Haha


So, selama 2 hari ni cik buah hati saya yang menjaga saya
Thank you cik Musliha
sebab sudi menjaga saya selama 2 hari ni
Saya tahu dia risau tentang keadaan saya ini


Pada masa yang sama,
Dia belikan saya madu lebah made in Saudi Arabia
Gambarnya ada di bawah..


Madu dari Arab


Boleh dikatakan madu ni sangat sedap
So,
Setiap pagi Fendi akan bancuh air madu untuk kekuatan perut saya
=D


Alhamdulillah
Fendi pun telah sembuh
Sekian sahaja di sini
Terima kassih sebab sudi membaca di blog Fendi
=D


Convocation & Tupperware Idaman Semua



Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua


Apa khabar anda orang kampung?
Fendi di sini sihat alhamdulillah..


Pada awal bulan ni Fendi berkonvo
Maaf la memang x banyak gambar boleh dikongsi di sini
Alhamdulillah..semua berjalan lancar dan dapat bergraduat dari UMP secara rasmi
Pada hari kejadian, campur dengan lewat Fendi sampai dan hujan
Keadaan menjadi kelam-kabut


Selamat bergraduat kepada semua rakan-rakan Fendi yang telah konvo
Moga anda berjaya dalam bidang yang anda ceburi
Pengalaman kita bersama memang x dapat Fendi lupakan
InsyaALLAH
Bila kita punyai rezeki
Kita akan berjumpa lagi


Formal kan gambar Fendi


Selepas semua konvo berakhir pada 1/10
Fendi pun menghabiskan masa di Kuantan
tempat Fendi lepak selama 4 tahun belajar degree di UMP
Memang banyak kenangan di sana
Pahit dan manis, sukar untuk dilupakan


Terima Kasih yang hormat Dato'

Dari sudut yang berlainan


Alhamdulillah..syukur kepada Allah S.W.T


X lupa juga kepada semua lecturer dan sesiapa sahaja yang pernah mengajar Fendi
Terima kasih yang x terhingga kepada anda
Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa anda.


Macam model jubah konvo pun ada jugak


Nak dijadikan cerita di sini
Semalam Fendi bersinggah ke pesta Tupperware di Danga City Mall, JB
Ingatkan dapat la membeli barang sedikit
Rupanya barang mahal..
Deorang nak focus untuk kita jadi ahli Tupperware
Memang Fendi bawak balik gambar aje la dari sini


Tupperware Deal Carnival
Sekian sahaja post entri ini
Terima Kasih sebab sudi membaca blog ini


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh tinggalkan link anda di sini ya!