~Pengikut yg Setia~

Aku ditemani Kopi di Pagi Hari



Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Pagi ni Fendi sarapan dengan kopi Power Root AliCafe
Kaw giler kopi ni
Kalau minum banyak pun x elok untuk kesihatan k!


Selalunya kalau di rumah
Fendi sarapan apa yang disediakan oleh mak tercinta
tapi kalau sendiri ni
paham-paham aje la
Save kos dengan malas
Sarapan la dengan apa yang ada


Power Root menemani di pagi ini
Kepada anda di luar sana
Jangan lupa untuk sarapan yer
Nanti x larat pulak untuk meneruskan kehidupan seharian


Semalam Fendi singgah di Danga Bay dan Uptown JB
Kedua-dua tempat memang menarik
Masing-masing mempunyai tarikan dan permandangan yang tersendiri
Rasenya pas ni Fendi nk share pasal g Cameron lak
InsyaALLAH


Dari atas bukit BOH Tea Farm
Fendi tangkap gambo di atas ini di bukit BOH Tea Farm
Dalam 10 minit jugak mendaki bukit ni
Naik dengan adik-adik Fendi
Permandangan yang menarik dan angin yang sejuk terasa di atas ni


Roti Pool khas dari Larkin



Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua


Hari ni Fendi nak berkongsi mengenai penemuan yang terbaru setelah menjejakkan kaki di bumi Johor ini
Fendi pegi sarapan di Larkin pagi ni
Xde la jauh sangat dari Skudai
Dalam 20 minit perjalanan (sanggup tuu..)


Menikmati sarapan dengan teh tarik beserta ais jagung..
memang menarik!!
Setelah sarapan Fendi menjejakkan kaki ke Pasar Tani berdekatan dengan tempat makan tadi
Pusing punye pusing..Jam jugak yang Fendi beli..


Ni roti yang datang sekali dengan kuah..
Xtau la Fendi makanan ni berasal dari mana
Tapi rasenye memang sedap dan mampu untuk meninggikan kolestrol anda..
Anda bayangkan..
Ada daging, telur, bawang, cili dan kuahnya..
Cukup sarapan ini untuk menyimpan lemak-lemak di badan anda (makan jangan berlebihan yer)



Ni la poolnya
Kepada anda yang datang ke Johor Bharu,
Jangan lupa untuk singgah di Larkin menikmati Roti Pool Haji di Medan Selera Johor, Larkin


Terhasillah Roti Pool


Sarapan elok untuk kesihatan



Assalamulaikum & Salam Sejahtera semua


Alhamdulillah
Selamat Fendi sampai ke Skudai pada hari isnin
Kesian kepada encik Kancil kerana memberi bakti yang x terhingga hingga sampainye Fendi di sini
Kalau xde encik Kancil
Memang la Fendi x sampai lagi


Sebenarnye Fendi dah round bandar JB yang dekat dengan Skudai
Lain la suasananya dengan bandar KL yang Fendi tinggal
Jalannya orang kat sini consider sebagai highway
Bagi Fendi
memang layak kot..
sebab sampai 4 lane jalan ke bandar
Tapi satu la.
Kat sini kos hidup tinggi
Pandai-pandai la anda jimat yer..



Tips penjimatan dan sihat ini dibawa oleh Fendi
Jom la sarapan dengan yogurt
biar lawas perut ni
Fendi makan perisa mango
Antara perisa favorite Fendi
Kurangkan makanan berminyak di waktu pagi


ni la die..yogurt yang Fendi minat

Kalau Fendi minat brand Dutch Lady dengan Marigold
Sebab 2 brand ni yogurt die lebih pekat berbanding dengan lain (My own opinion)
Kalau yogurt drink lak Fendi lebih minat Marigold dengan Blizz (sedapp!!)

Ok la semua
ni je Fendi dapat berkongsi pada pagi ini
Ape-ape pun selamat berhari rabu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh tinggalkan link anda di sini ya!