~Pengikut yg Setia~

Menikmati keindahan The Zon Johor Bharu



Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all!


Hari ini pas siap register subject
Fendi keluar untuk membayar yuran konvo yang akan tamat x lama lagi
Tarikh tamat pada minggu hadapan
Namun Fendi nak siapkan awal supaya x kelam kelibut ribut taufan nanti


Fendi akan berkonvo pada 1/10/2011 setelah tertunda seminggu lambat
Di Dewan Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang
X sabar nak jumpa sahabat handai dan pensyarah yang telah banyak membantu Fendi semasa di UMP dulu
Dan dapat mencuba makanan yang lama dah Fendi idam dan hanya terdapat di Kuantan


Selepas membayar yuran konvo
Fendi pegi melepak jap di Plaza Kotaraya
Terpegun Fendi melihat pertama kali
Ada masjid di dalam shopping mall
Selalunya ada surau jer
Maknanya dapat la menunaikan solat Jumaat di dalam shopping mall tersebut


Selepas habis melepak di plaza tersebut
Fendi pegi singgah di The Zon
Orang kata sebagai tempat bebas cukai
Ini la yang Fendi bawak sebagai cenderahati dari The Zon




Air Mineral The Zon




Thanks sebab sudi membaca di Blog Fendi!


Aku ditemani Kopi di Pagi Hari



Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Pagi ni Fendi sarapan dengan kopi Power Root AliCafe
Kaw giler kopi ni
Kalau minum banyak pun x elok untuk kesihatan k!


Selalunya kalau di rumah
Fendi sarapan apa yang disediakan oleh mak tercinta
tapi kalau sendiri ni
paham-paham aje la
Save kos dengan malas
Sarapan la dengan apa yang ada


Power Root menemani di pagi ini
Kepada anda di luar sana
Jangan lupa untuk sarapan yer
Nanti x larat pulak untuk meneruskan kehidupan seharian


Semalam Fendi singgah di Danga Bay dan Uptown JB
Kedua-dua tempat memang menarik
Masing-masing mempunyai tarikan dan permandangan yang tersendiri
Rasenya pas ni Fendi nk share pasal g Cameron lak
InsyaALLAH


Dari atas bukit BOH Tea Farm
Fendi tangkap gambo di atas ini di bukit BOH Tea Farm
Dalam 10 minit jugak mendaki bukit ni
Naik dengan adik-adik Fendi
Permandangan yang menarik dan angin yang sejuk terasa di atas ni


Roti Pool khas dari Larkin



Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua


Hari ni Fendi nak berkongsi mengenai penemuan yang terbaru setelah menjejakkan kaki di bumi Johor ini
Fendi pegi sarapan di Larkin pagi ni
Xde la jauh sangat dari Skudai
Dalam 20 minit perjalanan (sanggup tuu..)


Menikmati sarapan dengan teh tarik beserta ais jagung..
memang menarik!!
Setelah sarapan Fendi menjejakkan kaki ke Pasar Tani berdekatan dengan tempat makan tadi
Pusing punye pusing..Jam jugak yang Fendi beli..


Ni roti yang datang sekali dengan kuah..
Xtau la Fendi makanan ni berasal dari mana
Tapi rasenye memang sedap dan mampu untuk meninggikan kolestrol anda..
Anda bayangkan..
Ada daging, telur, bawang, cili dan kuahnya..
Cukup sarapan ini untuk menyimpan lemak-lemak di badan anda (makan jangan berlebihan yer)



Ni la poolnya
Kepada anda yang datang ke Johor Bharu,
Jangan lupa untuk singgah di Larkin menikmati Roti Pool Haji di Medan Selera Johor, Larkin


Terhasillah Roti Pool


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh tinggalkan link anda di sini ya!