~Pengikut yg Setia~

Balik daripada Bercuti


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Ape khabar semua?
Fendi di sini baru sahaja ingin memulihkan diri dari kepenatan
Fendi baru je balik dari KL ke UTM
Perjalanan memakan masa dalam 5 jam termasuk 1 jam berhenti
Bas dah delay selama setengah jam
Pas 2 berhenti di Terminal One Seremban dan isi minyak di Machap

Fendi tertido dan bangun selama beberapa kali
X lena tido dalam bas
Lepas 2 Fendi pun x jadi tido untuk malamnya
Harap-harap ade jugak anda di sane pernah mengalami


Lepas sampai je cari teksi untuk balik ke UTM
Nasib baik ada 3 orang kongsi satu teksi
Xde la mahal sangat drebar teksi 2 caj
Sebab kolej Fendi sangat jauh dari pintu besar

Kepada semua yang akan balik untuk sambung belajar
Diharap anda mempunyai semangat baru kerana baru balik daripada bercuti
InsyaAllah
Kita mampu membanggakan kedua ibu bapa

Sekian sahaja entri kali ini
Terima kasih sebab sudi membaca


Kabus di hutan Kolej Tun Ghafar Baba



Assalamualaikum & Selamat pagi semua


Sejuk di pagi hari membuatkan Fendi ingin menulis la sikit
Sejuk sampai kabus di sini
Semalam hujan di pagi hari
First time Fendi dapat melihat kabus di sini
Sebab sekitar asrama Fendi ni dikelilingi hutan
Membuatkan suasana macam hutan dalam kampus


nampak x kabus..sorry la..hp 2mp jer..



Pagi ni macam biase..minum kopi lagi untuk sarapan..insyaAllah..mampu untuk bertahan pada hari ni..Ade jugak kolam renang portable dekat blok Fendi ni..Rasenya Scuba Club UTM punya..tengok page Facebook deorang memang ada iklan untuk menyelam dengan diajar beberapa teknik baru..contohnya mask clearing, underwater breathing dan macam-macam lagi..RM 15 sekali diajar..tapi Fendi tengok dah beberapa hari deorang tinggal..harap tukar la air 2 sebelum menggunakannya..


yang ni lebih clear kot..
Sekian sahaja perkongsian permandangan di pagi ni
terima kasih sebab sudi baca di blog ini


Sorry Felo..pinjam rumah jap..


The Flexibility of Rubber Technology Quiz



Assalamualaikum & Selamat Pagi semua


Hari ini Fendi ade kuiz teknologi getah petang ni
Fendi pun tiada mood nak study sangat 
Melayan blog dan facebook sserta info-info terkini


Nak cerita sedikit pasal teknologi getah ni
Bagi Fendi,
antara teknologi yang penting dalam kehidupan ialah teknologi getah
sebab banyak aplikasi kehidupan yang berkait antara kehidupan dan getah
Antaranya tayar, pemadam
Kita mesti pakai benda-benda ni


Harga getah vs Harga Crude Oil (source: Malaysian Rubber Exchange)


Mula-mula Fendi berkecimpung dalam bidang teknologi getah ni adalah masa buat PSM
Memang tajuk ni sangat berbeza dengan tajuk-tajuk yang common dalam fakulti kejuruteraan kimia
Dan Fendi belajar dar susah untuk mengetahui cara pemprosesan getah
Alhamdulillah
Fendi telah menempuh satu fasa baru iaitu mengenali getah dengan lebih mendalam


Itu je Fendi nak update pada kali ini
terima kasih sebab sudi baca entri ini..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh tinggalkan link anda di sini ya!