~Pengikut yg Setia~

Study bersama Milo dan nota yang disayangi



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua

Alhamdulillah
Fendi telah melepasi test-test yang pertama
Memang tidak dinafikan susah
dan soalannya sangat tricky
Memerlukan pemerhatian dan pemahaman yang lebih

Harap-harap lepas ni soalannya lebih senang untuk Fendi score
Pengalaman Fendi study di UTM lebih bermakna berbanding di UMP
Contohnya dari segi bilik 24 jam





Di UTM

Bilik 24jam lebih sunyi dan tidak berbau

Tidak seperti di UMP
Penuh dengan jualan di dalam bilik 24 jam
Kerepek,kerongsang, jambu dan lain-lain

Lepas ni boleh la jadikan library sebagai tempat lepak
Selalunya Fendi akan membeli secawan kopi menemani malam hari
Contoh cawan
Perisa yang selalu beli ialah Cappuccino, Mocha atau Nescafe

Itu sahaja Fendi nak story pada kali ini
Terima kasih sebab sudi membaca blog Fendi
Jumpa lagi!


Balik daripada Bercuti


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Ape khabar semua?
Fendi di sini baru sahaja ingin memulihkan diri dari kepenatan
Fendi baru je balik dari KL ke UTM
Perjalanan memakan masa dalam 5 jam termasuk 1 jam berhenti
Bas dah delay selama setengah jam
Pas 2 berhenti di Terminal One Seremban dan isi minyak di Machap

Fendi tertido dan bangun selama beberapa kali
X lena tido dalam bas
Lepas 2 Fendi pun x jadi tido untuk malamnya
Harap-harap ade jugak anda di sane pernah mengalami


Lepas sampai je cari teksi untuk balik ke UTM
Nasib baik ada 3 orang kongsi satu teksi
Xde la mahal sangat drebar teksi 2 caj
Sebab kolej Fendi sangat jauh dari pintu besar

Kepada semua yang akan balik untuk sambung belajar
Diharap anda mempunyai semangat baru kerana baru balik daripada bercuti
InsyaAllah
Kita mampu membanggakan kedua ibu bapa

Sekian sahaja entri kali ini
Terima kasih sebab sudi membaca


Kabus di hutan Kolej Tun Ghafar Baba



Assalamualaikum & Selamat pagi semua


Sejuk di pagi hari membuatkan Fendi ingin menulis la sikit
Sejuk sampai kabus di sini
Semalam hujan di pagi hari
First time Fendi dapat melihat kabus di sini
Sebab sekitar asrama Fendi ni dikelilingi hutan
Membuatkan suasana macam hutan dalam kampus


nampak x kabus..sorry la..hp 2mp jer..



Pagi ni macam biase..minum kopi lagi untuk sarapan..insyaAllah..mampu untuk bertahan pada hari ni..Ade jugak kolam renang portable dekat blok Fendi ni..Rasenya Scuba Club UTM punya..tengok page Facebook deorang memang ada iklan untuk menyelam dengan diajar beberapa teknik baru..contohnya mask clearing, underwater breathing dan macam-macam lagi..RM 15 sekali diajar..tapi Fendi tengok dah beberapa hari deorang tinggal..harap tukar la air 2 sebelum menggunakannya..


yang ni lebih clear kot..
Sekian sahaja perkongsian permandangan di pagi ni
terima kasih sebab sudi baca di blog ini


Sorry Felo..pinjam rumah jap..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh tinggalkan link anda di sini ya!